Sayyidatina 'Aisyah R.ha berkata, " Pada satu ketika Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumah dan aku dapat merasakan daripada wajah Baginda s.a.w bahawa sesuatu perkara yang besar telah berlaku kepadanya. Baginda s.a.w telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda. Baginda s.a.w telah duduk di atas mimbar lalu memuji Allah swt lantas bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada kamu, "Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak akan memperkenankan doa kamu. Kamu meminta daripada-Ku tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu memohon bantuan kepada-Ku ( terhadap musuhmu) tetapi Aku tidak akan membantu kamu." Baginda s.a.w tidak menambah selain daripada perkataan itu sehingga Baginda s.a.w turun dari mimbar." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah)
Di sini, cubalah kita sama-sama renungkan berapa banyak perintah Allah swt yang telah kita langgar? adakah kita laksanakan Amr bil maaruf dan nahy 'anil munkar. . mari muhasabah diri kita yang lemah dan hina ini, seringkali kita melanggar perintah Allah, tapi setiap kali itulah Allah masih memandang kepada kita yang hina dan lemah ini untuk kembali menangis dan merintih kepadaNYA...
Hindarkanlah dosa di setiap anggota kerana Dosa itu merosakkan PAHALA... Dunia hanyalah mimpi yang memperdaya, akhirat jualah tempat menuai benih dan kekal selamanya. Iman yang tidak diusahakan adalah diibaratkan seperti kain buruk. Usahakanlah iman atas amal kita melalui cara dan kehidupan Baginda saw yang telah dijanjikan Allah bahawa ia adalah jalan KEBENARAN dan KEJAYAAN. Mari hidupkan sunnah.
29 Januari, 2015
13 Januari, 2012
Adakah kita golongan sedikit?
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba 54:13)
Ketika Saidina Umar Al Khattab sedang tawaf, beliau terdengar seorang arab Badawi berdoa "Ya Allah masukkan aku dalam golongan yang sedikit". Beliau sangat hairan, selalunya orang mahukan yang banyak. Selepas tawaf lalu beliau bertanya kepada Arab Badawi tadi kenapa dia berdoa sedemikian. Lalu menjawab Arab Badawi tadi, "Bukankah Allah s.w.t. menyebut dalam al-Quran bahawa hanya sedikit di kalangan hambaNya yang bersyukur?". Tersentuh jiwa Saidina Umar apabila mendengar penjelasan tersebut. Lantas beliau mengatakan kepada dirinya sendiri, "Wahai Umar, hari ini orang ramai lebih 'Alim daripada kamu".
Kalau ditanya, pasti semua kita mahukan yang banyak, besar, dan sebagainya. Kenapa hati dan naluri kita mahukan sedemikian rupa?. Tetapi ayat di atas benar-benar menyentuh hati dan jiwa, kerana dengan jelas menyatakan betapa hebatnya menjadi golongan yang sedikit.
Banyak gambaran peristiwa seperti ayat di atas. Nabi Noh dengan pengikutnya yang sedikit, Nabi Isa dengan pengikut yang sedikit, Talut mengalahkan tentera Jalut, Peristiwa Perang Badar Al Kubra dimana jumlah tentera Islam ratusan mengalahkan tentera kuffar ribuan orang, Salahudin Al Ayubi dengan bala tentera yang beriman dan bertaqwa, Muhammad Al Fateh disokong oleh tentera-tentera yang pasrah hidupnya kepada Allah Taala.
Allah menyukai golongan ini. Dan golongan inilah akan mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah. Sedikit membawa kepada kualiti. Kuantiti bukanlah semata-mata menjadi kayu pengukur kepada kejayaan. Malah kuantiti kalau tidak bernilai dan berkualiti, maka akan merosakkan keseluruhannya. Ibarat nila setitik rosak susu sebelangga.
Kerana golongan ini sentiasa:
- Bersyukur
- Mendapat kemenangan
- Mendapat bantuan
- Pasrah kepada Allah
- Bersabar
- Taat dan patuh
- Berjuang pada jalan Allah
- Mengharap restu
- Taufik dan hidayah
- Sentiasa takut kepada Allah
- Berkualiti dan sebagainya...
Oleh itu, bagaimanakah pula pilihan kita?
Hati dan jiwa yang bersih
Kitalah yang perlu menentukan hala-tuju hidup kita. Bukannya rakan-rakan, keluarga mahu pun orang lain. Kita mesti mempunyai kekuatan hati dan jiwa yang berpegang kepada keputusan yang waras dan mutlak. Keputusan itu mestilah yang bertepatan dengan syariat Allah Taala.
Hati yang bersih sahaja yang mampu menerima hidayah Allah. Hati yang kotor akan terus berada dalam kesesatan yang gelap pekat tanpa suluhan cahaya kebenaran.
Tarbiyyah jiwa
Semua sifat-sifat berlebihan tersebut mempunyai nilaian dan kiraan dari pandangan fizikal sahaja. Hidup dengan sifat rendah diri dan qanaah (berpada) serta sifat mazmumah yang lain, merupakan tarbiyyah jiwa yang paling baik. Itu adalah didikan langsung dari Allah Taala dan telah dicontohi oleh para Rasul. Didikan inilah yang mampu membentuk hati, jiwa dan peribadi kita.
Hasilnya, hidup kita akan sentiasa berdamping dengan Allah Taala. Niat dan gerak kerja kita diserahkan secara total (sepenuhnya) kepada Allah.
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit... Wa khalilan min 'ibadiyas syakur... dan sedikit sahaja hamba-hambaku yang bersyukur.... Ameen
Allahu 'alam
Sekian, Wassalam
Labels:
arab badawi,
berdoa,
golongan sedikit,
muslim,
sejati,
tarbiyah jiwa,
Umar al-khattab
08 Disember, 2010
Kemunculan Imam Mahdi Tanda Akhir Zaman
Para ulama membahagi Tanda-tanda Akhir Zaman menjadi dua. Ada Tanda-tanda Kecil dan ada Tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh. Alhamdulillah, Allah sayang semua umat manusia. Sehingga Allah datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar datang.
Banyak pendapat mengatakan bahawa dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Kerana di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang muncul. Praktis hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabi SAW sudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya masalah waktu. Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebahagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.
Dalam sebuah hadits Nabi SAW mengisyaratkan bahwa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju babak kelima iaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem pemerintahan Islam sebenar.
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ
رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)
Lelaki keturunan Nabi Muhammad SAW tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk mengubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah...! Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi dengan pembohongan yang bermaharajalela..! Imam Mahdi akan membawa ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya, iaitu melalui al-jihad fi sabilillah.
Imam Mahdi akan berperang sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Diktator) yang telah lama bersekongkol di seluruh negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Bila Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam semua perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, iaitu penghambaan manusia kepada Allah semata-mata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan –subhaanallah- Allah akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ
“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal,dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)
Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW memberikan gambaran umum setelah kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antara manusia telah berlaku dengan hebat dan banyak gempa-gempa bumi terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di seluruh negeri kebelakangan ini.
أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Imam Mahdi akan disertai Tiga peristiwa penting. Pertama,perselisihan berpanjangan sesudah kematianseorang pemimpin. Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali ditinggalkan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.
يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ
مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ
“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)
Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, beerti Ummat Islam di seluruh pelusuk dunia tahu bahawa Imam Mahdi telah diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. .Cuma siapakah dia, dimanakah dia, berapakah umurnya sekarang tiada siapa yang ketahui melainkan Allah AZZA WA JALLA.. Dan bila perkara ini telah jelas kita mesti berpegang dengan pesan Nabi Muhammad SAW sebagai berikut:
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin...

08 September, 2010
Hukum Melintasi Orang yang Sedang Bersolat
Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalam hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus (sutrah)di depannya ketika solat sunat seorang diri.
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya akan berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu di hadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ia menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]
Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.

Mengapa hanya mengeluh...
![]() |
Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"
Subhanallah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Langgan:
Catatan (Atom)