29 Januari, 2015

Amr bil maaruf, Nahi anil munkar

Sayyidatina 'Aisyah R.ha berkata, " Pada satu ketika Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumah dan aku dapat merasakan daripada wajah Baginda s.a.w bahawa sesuatu perkara yang besar telah berlaku kepadanya. Baginda s.a.w telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda. Baginda s.a.w telah duduk di atas mimbar lalu memuji Allah swt lantas bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada kamu, "Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak akan memperkenankan doa kamu. Kamu meminta daripada-Ku tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu memohon bantuan kepada-Ku ( terhadap musuhmu) tetapi Aku tidak akan membantu kamu." Baginda s.a.w tidak menambah selain daripada perkataan itu sehingga Baginda s.a.w turun dari mimbar." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah)

Di sini, cubalah kita sama-sama renungkan berapa banyak perintah Allah swt yang telah kita langgar? adakah kita laksanakan Amr bil maaruf dan nahy 'anil munkar. . mari muhasabah diri kita yang lemah dan hina ini, seringkali kita melanggar perintah Allah, tapi setiap kali itulah Allah masih memandang kepada kita yang hina dan lemah ini untuk kembali menangis dan merintih kepadaNYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.