06 Februari, 2015

Sunnah bawa kita ke syurga....

Kita diajar..kalau buat perkara yg SUNAT, buat dapat pahala..tinggal tak berdosa...

Tapi, salah satu syarat untuk masuk ke syurga adalah..Seseorang itu perlulah mengamalkan SUNNAH dalam kehidupannya. 

Ketahuilah syurga dan sunnah sama sekali tidak dapat dipisahkan...

Rasulullah saw bersabda:" Semua umatku akan memasuki syurga kecuali mereka yang enggan."Sabahat bertanya,"Siapakah yg enggan?"Baginda saw menjawab,"Mereka yg mentaatiku akan memasuki syurga, sedangkan mereka yg tidak mentaatiku, merekalah yg enggan" (HR Bukhari)


Jom mula ajar anak amalan sunnah yang mudah pada anak-anak yang menyebabkan Allah sayang kita semua...Dengan mengubah yang kecil memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh hidup kita dan ahli keluarga kita.

Selalu cakap, Ayah sayang umi, anak-anak ayah kerana Allah..

Wahai anakku jagalah Allah (perintah Allah), Allah akan jaga kamu..

Wahai anakku ayah sangat cinta kamu kerana Allah...

Jangan sedih kita ada Allah..

Makan tangan kanan
Makan baca bismillah


Makan makanan yang dekat
Baca 3 qul sebelum tidur dan tiup pada tangan sapu pada badan..


Tidur mengiring ke kanan

Masuk tandas kaki kiri..
Keluar tandas kaki kanan..


Masuk masjid kaki kanan
Keluar masjid kaki kiri.


Sentiasa senyum, beri salam, suka bersedekah, ucap terima kasih..jazakallah khair..

Masuk rumah beri salam, baca al-ikhlas 3 kali dan selawat..

Rendahkan pandangan ketika melihat maksiat dan doakan hidayat.

Bercakap lemah lembut dan suka mendoakan semua manusia..kasih sayang yang tinggi

Solat awal waktu..kaum lelaki galakkan solat di masjid/surau/tempat azan dilaungkan, kaum wanita di rumah...bersedia sebelum masuk waktu solah 30 minit awal sedia untuk bertemu Allah......

Baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama ahli keluarga..Ta'alim wa taalum sangat penting..mula hidupkan rumah seperti di zaman para sahabah radiallahuanhum ajmain..

Inilah jalan kehidupanku..Jom, mula amalkan. Moga Allah redha..Redha Allah tujuan kita, bukan redha makhluk...Allahu

LA TAHZAN...

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya. 

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangkan mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah , tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALANYA YA RAHMAN..

29 Januari, 2015

SELAIN ALLAH, SEMUA ADALAH MAKHLUK, LANGSUNG TIADA KUASA, MELAINKAN ALLAH SWT

DAKWAH MAKSUD HIDUP

Org yang jadikan usaha dakwah sbg maksud hidupnya, Allah SWT akan menganugerahkan 4 perkara...


1. Nusrah/bantuan Allah
- Nusrah bantuan Allah sama sepertimana Allah bagi nusrah kepada para Sahabat r.anhum


2. Teguh pendirian/tidak terkesan dengan suasana
- Dalam keadaan susah mahupun senang/masa sempit, masa lapang tetap buat ghast(ziarah), keluar 3 hari setiap bulan, solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid/surau masa hujan atau tak hujan( air je pun hujan, bukan batu jatuh dari langit) , masa banjir atau tak banjir (selagi jalan nak ke masjid boleh dilalui la hehehe). Sebaliknya org yang tak buat usaha agama dalam masa senang pun tak dapat jaga solat berjemaah di masjid/surau apatah lagi masa susah. Bukan takde ilmu tp Allah belum bagi kefahaman ilmu agama padanya menyebabkan ilmu tersebut tidak berjaya mendorongnya untuk lebih taat perintah Allah SWT ikut sunnah Baginda Nabi SAW walau pon dia berstatus seorang ahli agama dari kacamata masyarakat. Maka ramailah dikalangan golongan masyarakat kita yang jahil telah mengambil contoh daripada golongan ini dan salah satu sebab dan punca masjid/surau kosong terutama ketika solat fardhu subuh. Antara alasan yang didengari "Alah ustaz tu pun tak datang solat subuh di masjid, makna takpelah kira hukumnya fardhu kifayah je la tu..Allahu.. ampunkan kami ya Allah…


3. Allah sentiasa bersama-sama dengannya
- Banyak kisah dalam Al-Quran Allah bagitau pada Nabi2 yang buat usaha dakwah, ketika mereka diancam pihak musuh contoh Nabi Musa a.s, Tentera Firaun di belakang dan mereka di hadapan laut..kaumnya kata habislah kita..Nabi Musa kata "Jangan risau Allah bersama aku". Dan buktinya Allah menjadikan mereka selamat dengan bantuan Allah hanya dengan memukul laut maka terbelahlah laut itu. Dan begitu juga kisah Baginda Nabi SAW ketika bersama Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a semasa di Gua Hira' , Nabi SAW bersabda " Jangan risau Allah bersama dgn KITA" kita tu bermaksud umum yakni bukan pada Abu Bakar Siddiq r.a saja tapi pada semua umat Nabi SAW yang buat usaha dakwah ilallah yakni dakwah cara Nabi SAW (mengajak manusia kepada Allah)


4. Allah perintahkan 7 petala langit dan 7 petala bumi tunduk padanya (setakat berebut kuasa nak jadi pemerintah di bumi Malaysia, di bumi arab dan lain-lain ni apalah sangat). Tawaran kuasa, pangkat, darjat ni dah dibuat pada Nabi SAW dulu, dengan syarat hentikan jumpa orang arab buat usaha dakwah ajak mereka memeluk agama Islam, tapi tawaran tersebut mentah-mentah Nabi SAW tolak. Sebab Nabi SAW bukan dihantar untuk orang arab sahaja bahkan untuk rahmat seluruh alam. Dan dapatlah kita nikmati nikmat Islam dan Iman pada hari ini, semua adalah kerana pengorbanan Nabi SAW.

"Sebelum nak kuasai dunia ini, kuasailah dulu dunia yang wujud dalam hati kita (nafsu). Keluarkan sebanyak mungkin kecintaan dunia dalam hati dan masukkan sebanyak mungkin kebesaran Allah dalam hati kita"..melalui percakapan Iman..caranya mudah saja..korbankan sedikit diri, harta dan masa, pendekatan tinggalkan sementara benda yang kita sayang iaitu isteri, anak, pekerjaan, perniagaan dan lain-lain,  keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari. Juga buat usaha hidupkan amal masjid di tempat tinggal kita...jadi siapa sedia azam untuk jadikan usaha dakwah ni sebagai maksud hidup? InsyaAllah bangun malam ni bagi nama kita kat Allah...Wallahua’lam


"Sebelum nak kuasai dunia ini, kuasai dulu dunia yang wujud dalam hati kita ini (nafsu). Keluarkan sebanyak mungkin kecintaan dunia dalam hati kita, dan masukkan sebanyak mungkin kebesaran Allah dalam hati kita"


Selain dari ALLAH, semuanya makhluk, tak boleh bagi mudarat dan manfaat kecuali Allah Subhanahu wata’ala.

Amr bil maaruf, Nahi anil munkar

Sayyidatina 'Aisyah R.ha berkata, " Pada satu ketika Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumah dan aku dapat merasakan daripada wajah Baginda s.a.w bahawa sesuatu perkara yang besar telah berlaku kepadanya. Baginda s.a.w telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda. Baginda s.a.w telah duduk di atas mimbar lalu memuji Allah swt lantas bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada kamu, "Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak akan memperkenankan doa kamu. Kamu meminta daripada-Ku tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu memohon bantuan kepada-Ku ( terhadap musuhmu) tetapi Aku tidak akan membantu kamu." Baginda s.a.w tidak menambah selain daripada perkataan itu sehingga Baginda s.a.w turun dari mimbar." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah)

Di sini, cubalah kita sama-sama renungkan berapa banyak perintah Allah swt yang telah kita langgar? adakah kita laksanakan Amr bil maaruf dan nahy 'anil munkar. . mari muhasabah diri kita yang lemah dan hina ini, seringkali kita melanggar perintah Allah, tapi setiap kali itulah Allah masih memandang kepada kita yang hina dan lemah ini untuk kembali menangis dan merintih kepadaNYA...

13 Januari, 2012

Adakah kita golongan sedikit?

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba 54:13)

Ketika Saidina Umar Al Khattab sedang tawaf, beliau terdengar seorang arab Badawi berdoa "Ya Allah masukkan aku dalam golongan yang sedikit". Beliau sangat hairan, selalunya orang mahukan yang banyak. Selepas tawaf lalu beliau bertanya kepada Arab Badawi tadi kenapa dia berdoa sedemikian. Lalu menjawab Arab Badawi tadi, "Bukankah Allah s.w.t. menyebut dalam al-Quran bahawa hanya sedikit di kalangan hambaNya yang bersyukur?". Tersentuh jiwa Saidina Umar apabila mendengar penjelasan tersebut. Lantas beliau mengatakan kepada dirinya sendiri, "Wahai Umar, hari ini orang ramai lebih 'Alim daripada kamu".

Kalau ditanya, pasti semua kita mahukan yang banyak, besar, dan sebagainya. Kenapa hati dan naluri kita mahukan sedemikian rupa?. Tetapi ayat di atas benar-benar menyentuh hati dan jiwa, kerana dengan jelas menyatakan betapa hebatnya menjadi golongan yang sedikit.
 
Banyak gambaran peristiwa seperti ayat di atas. Nabi Noh dengan pengikutnya yang sedikit, Nabi Isa dengan pengikut yang sedikit, Talut mengalahkan tentera Jalut, Peristiwa Perang Badar Al Kubra dimana jumlah tentera Islam ratusan mengalahkan tentera kuffar ribuan orang, Salahudin Al Ayubi dengan bala tentera yang beriman dan bertaqwa, Muhammad Al Fateh disokong oleh tentera-tentera yang pasrah hidupnya kepada Allah Taala.
 
Allah menyukai golongan ini. Dan golongan inilah akan mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah. Sedikit membawa kepada kualiti. Kuantiti bukanlah semata-mata menjadi kayu pengukur kepada kejayaan. Malah kuantiti kalau tidak bernilai dan berkualiti, maka akan merosakkan keseluruhannya. Ibarat nila setitik rosak susu sebelangga.

Kerana golongan ini sentiasa:
  1. Bersyukur
  2. Mendapat kemenangan
  3. Mendapat bantuan
  4. Pasrah kepada Allah
  5. Bersabar
  6. Taat dan patuh
  7. Berjuang pada jalan Allah
  8. Mengharap restu
  9. Taufik dan hidayah
  10. Sentiasa takut kepada Allah
  11. Berkualiti dan sebagainya...

Oleh itu, bagaimanakah pula pilihan kita?

Hati dan jiwa yang bersih
 
Kitalah yang perlu menentukan hala-tuju hidup kita. Bukannya rakan-rakan, keluarga mahu pun orang lain. Kita mesti mempunyai kekuatan hati dan jiwa yang berpegang kepada keputusan yang waras dan mutlak. Keputusan itu mestilah yang bertepatan dengan syariat Allah Taala.
 
Hati yang bersih sahaja yang mampu menerima hidayah Allah. Hati yang kotor akan terus berada dalam kesesatan yang gelap pekat tanpa suluhan cahaya kebenaran.

Tarbiyyah jiwa
 
Semua sifat-sifat berlebihan tersebut mempunyai nilaian dan kiraan dari pandangan fizikal sahaja. Hidup dengan sifat rendah diri dan qanaah (berpada) serta sifat mazmumah yang lain, merupakan tarbiyyah jiwa yang paling baik. Itu adalah didikan langsung dari Allah Taala dan telah dicontohi oleh para Rasul. Didikan inilah yang mampu membentuk hati, jiwa dan peribadi kita.
 
Hasilnya, hidup kita akan sentiasa berdamping dengan Allah Taala. Niat dan gerak kerja kita diserahkan secara total (sepenuhnya) kepada Allah.
 
Semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit... Wa khalilan min 'ibadiyas syakur... dan sedikit sahaja hamba-hambaku yang bersyukur.... Ameen

Allahu 'alam

Sekian, Wassalam