29 Januari, 2015

SELAIN ALLAH, SEMUA ADALAH MAKHLUK, LANGSUNG TIADA KUASA, MELAINKAN ALLAH SWT

DAKWAH MAKSUD HIDUP

Org yang jadikan usaha dakwah sbg maksud hidupnya, Allah SWT akan menganugerahkan 4 perkara...


1. Nusrah/bantuan Allah
- Nusrah bantuan Allah sama sepertimana Allah bagi nusrah kepada para Sahabat r.anhum


2. Teguh pendirian/tidak terkesan dengan suasana
- Dalam keadaan susah mahupun senang/masa sempit, masa lapang tetap buat ghast(ziarah), keluar 3 hari setiap bulan, solat fardhu 5 waktu berjemaah di masjid/surau masa hujan atau tak hujan( air je pun hujan, bukan batu jatuh dari langit) , masa banjir atau tak banjir (selagi jalan nak ke masjid boleh dilalui la hehehe). Sebaliknya org yang tak buat usaha agama dalam masa senang pun tak dapat jaga solat berjemaah di masjid/surau apatah lagi masa susah. Bukan takde ilmu tp Allah belum bagi kefahaman ilmu agama padanya menyebabkan ilmu tersebut tidak berjaya mendorongnya untuk lebih taat perintah Allah SWT ikut sunnah Baginda Nabi SAW walau pon dia berstatus seorang ahli agama dari kacamata masyarakat. Maka ramailah dikalangan golongan masyarakat kita yang jahil telah mengambil contoh daripada golongan ini dan salah satu sebab dan punca masjid/surau kosong terutama ketika solat fardhu subuh. Antara alasan yang didengari "Alah ustaz tu pun tak datang solat subuh di masjid, makna takpelah kira hukumnya fardhu kifayah je la tu..Allahu.. ampunkan kami ya Allah…


3. Allah sentiasa bersama-sama dengannya
- Banyak kisah dalam Al-Quran Allah bagitau pada Nabi2 yang buat usaha dakwah, ketika mereka diancam pihak musuh contoh Nabi Musa a.s, Tentera Firaun di belakang dan mereka di hadapan laut..kaumnya kata habislah kita..Nabi Musa kata "Jangan risau Allah bersama aku". Dan buktinya Allah menjadikan mereka selamat dengan bantuan Allah hanya dengan memukul laut maka terbelahlah laut itu. Dan begitu juga kisah Baginda Nabi SAW ketika bersama Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a semasa di Gua Hira' , Nabi SAW bersabda " Jangan risau Allah bersama dgn KITA" kita tu bermaksud umum yakni bukan pada Abu Bakar Siddiq r.a saja tapi pada semua umat Nabi SAW yang buat usaha dakwah ilallah yakni dakwah cara Nabi SAW (mengajak manusia kepada Allah)


4. Allah perintahkan 7 petala langit dan 7 petala bumi tunduk padanya (setakat berebut kuasa nak jadi pemerintah di bumi Malaysia, di bumi arab dan lain-lain ni apalah sangat). Tawaran kuasa, pangkat, darjat ni dah dibuat pada Nabi SAW dulu, dengan syarat hentikan jumpa orang arab buat usaha dakwah ajak mereka memeluk agama Islam, tapi tawaran tersebut mentah-mentah Nabi SAW tolak. Sebab Nabi SAW bukan dihantar untuk orang arab sahaja bahkan untuk rahmat seluruh alam. Dan dapatlah kita nikmati nikmat Islam dan Iman pada hari ini, semua adalah kerana pengorbanan Nabi SAW.

"Sebelum nak kuasai dunia ini, kuasailah dulu dunia yang wujud dalam hati kita (nafsu). Keluarkan sebanyak mungkin kecintaan dunia dalam hati dan masukkan sebanyak mungkin kebesaran Allah dalam hati kita"..melalui percakapan Iman..caranya mudah saja..korbankan sedikit diri, harta dan masa, pendekatan tinggalkan sementara benda yang kita sayang iaitu isteri, anak, pekerjaan, perniagaan dan lain-lain,  keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari. Juga buat usaha hidupkan amal masjid di tempat tinggal kita...jadi siapa sedia azam untuk jadikan usaha dakwah ni sebagai maksud hidup? InsyaAllah bangun malam ni bagi nama kita kat Allah...Wallahua’lam


"Sebelum nak kuasai dunia ini, kuasai dulu dunia yang wujud dalam hati kita ini (nafsu). Keluarkan sebanyak mungkin kecintaan dunia dalam hati kita, dan masukkan sebanyak mungkin kebesaran Allah dalam hati kita"


Selain dari ALLAH, semuanya makhluk, tak boleh bagi mudarat dan manfaat kecuali Allah Subhanahu wata’ala.

Amr bil maaruf, Nahi anil munkar

Sayyidatina 'Aisyah R.ha berkata, " Pada satu ketika Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumah dan aku dapat merasakan daripada wajah Baginda s.a.w bahawa sesuatu perkara yang besar telah berlaku kepadanya. Baginda s.a.w telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang disabdakan oleh Baginda. Baginda s.a.w telah duduk di atas mimbar lalu memuji Allah swt lantas bersabda, "Wahai manusia, sesungguhnya Allah swt telah berfirman kepada kamu, "Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak akan memperkenankan doa kamu. Kamu meminta daripada-Ku tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu memohon bantuan kepada-Ku ( terhadap musuhmu) tetapi Aku tidak akan membantu kamu." Baginda s.a.w tidak menambah selain daripada perkataan itu sehingga Baginda s.a.w turun dari mimbar." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah)

Di sini, cubalah kita sama-sama renungkan berapa banyak perintah Allah swt yang telah kita langgar? adakah kita laksanakan Amr bil maaruf dan nahy 'anil munkar. . mari muhasabah diri kita yang lemah dan hina ini, seringkali kita melanggar perintah Allah, tapi setiap kali itulah Allah masih memandang kepada kita yang hina dan lemah ini untuk kembali menangis dan merintih kepadaNYA...